Runtunan nafsu syahwat yangg menguasai jiwa seseorang merupakan satu penghalang daripada mengenal Allah dan mendampingkan diri kepadaNya. Sedangkan dijadikan hidup dan mati bagi setiap yang bernyawa itu adalah sebagai ujian dan percubaan sejauh mana manusia menggunakan akal fikiran dan nikmat-nikmat lain untuk beramal soleh dan bertakwa kepada Allah SWT sebagai penciptanya.
Ibadat puasa merupakan salah satu tali penghubung di antara manusia dengan Tuhannya, disamping itu ia menjadi penyedar kepada manusia dari berterus-terusan tunduk kepada runtunan hawa nafsu dan keinginannya.
Secara umum ibadat puasa yang disyariatkan oleh Islam ialah untuk membekalkan anggota masyarakat dan individu dengan nilai-nilai moral dan akhlak yang tinggi supaya dapat melaksanakan tugas-tugas yang berat dan mencabar serta menghapuskan sebarang penyelewengan dan kejahatan.
Dalam berpuasa berbagai-bagai pantang larang dikenakan supaya tujuan puasa yang sebenar itu tercapai. Oleh itu ibadat puasa itu tidak memadai semata-mata menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi mesti memelihara aturcara dan tatatertibnya.
Imam Al-Thusi dalam kitabnya Al-Luma' menjelaskan: Sebaik-baik cara orang yang berpuasa itu ialah betul niat dan tujuannya, mengekang runtunan syahwat dan keinginan nafsunya, memelihara anggota tubuh badannya, bersih dan halal makan minumnya, sentiasa mengawal hatinya dan sentiasa mengingati Allah SWT, tidak peduli sedikit atau banyak rezeki yang diterimanya, malu kerana kurang mengambil perhatian dan cuai dengan puasanya, meminta pertolongan daripada Allah untuk terus menunaikan puasanya.
Oleh itu, marilah kita semua merebut peluang keemasan yang diberikan kepada kita untuk melipatgandakan amal ibadat kerana kita belum pasti sama ada kita akan dapat menikmati kehadiran bulan Ramadhan di tahun mendatang. Ini tepat sekali dengan gesaan Rasulullahh SAW yang bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sebuk dan semasa hidup sebelum mati.
Marilah kita beringat sebelum terlambat kerana penyesalan di kemudian hari kelak tidak ada gunanya lagi. Marilah kita semua menydiakan payung sebelum hujan demi kepentingan diri kita sendiri. Tingkatkan ibadat di bulan berkat. 15 Ogos 2010

Kebanyakan masyarakat islam pada hari ini kurang memahami tatatertib puasa..mereka anggap puasa hanya tahan lapar dan dahaga.Di pejabat-pejabat ramai yang tidak amanah dalam menjalankan tugas..buat keje tak bersungguh2, balik keje awal, mengumpat...banyak lagi..dengan alasan puasa 2 jadi lagho( sia-sia) jee..
BalasHapus