SELAWAT MUNJIYAT
(Pelepasan)
Fadilatnya:
ü Kata Imam Sya’rani dan Imam Jazuli, barangsiapa membaca selawat ini sebanyak 500 kali pada tiap-tiap hari, apa yang dihajatkan insya Allah akan berhasil baik urusan dunia ataupun akhirat, khususnya meminta anak sekiranya seseorang itu lama berkahwin tetapi masih belum mendapat anak. Dan kalau dibaca pada tengah-tengah malam sebanyak 1000 kali insya Allah lebih cepat berhasil maksudnya.
ü Barangsiapa membaca semasa pelayaran sebanyak 300 kali, insya Allah akan terselamat dari karam atau tenggelam jika berada di laut dan dari sebarang kemalangan jika berada di darat dan udara.
Selawatnya:
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ، وَتَقْضِىْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَآ أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ، وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَْ.
Ertinya:
Ya Allah! Cucurilah rahamt ke atas junjungan kami Nabi Muhammad sebagai rahmat yang akan menyelamatkan kami daripada malapetaka dan kerugian, tunaikanlah dengan (berkat selawat ini) segala maksud dan hajat, sucikanlah kami dengannya daripada segala kejahatan dan tinggikanlah darjat kami dengan setinggi-tingginya di sisiMu. Sampaikanlah dengannya maksud yang sebenar-benarnya bagi setiap kebaikan dalam kehidupan di dunia dan selepas mati. Dan Allah mencucuri rahmat ke atas semulia-mulia makhlukNya Nabi Muhammad SAW , ahli keluarga dan para sahabatnya sekalian.
Dipetik dari
Buku Selawat Nabi dan Himpunan Doa-doa Pilihan
Susunan: Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari
29 Januari 2012.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar