DOA-DOA SELEPAS SOLAT
Mukadimah
Berdoa kepada Allah SWT maknanya memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Jumhur ulama fiqah berpendapat bahawa waktu selepas solat lima waktu termasuk di antara waktu-waktu yang diperkenankan doanya oleh Allah SWT. Ini berdasarkan kepada hadis Al-Tirmizi daripada Abi Umamah berkata:
رَوَيْنَا فِى كِتَابِ التُرْمِذِىِّ عَنْ أَبِى أُمَامَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قِيْلَ لِرَسُوْلِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَيُّ الدُّعَآءِ أَسْمَعُ؟ قَالَ: جَوْفُ اللَّيْلِ الاَخِيْر وَدُبُرُ الصَّلَوَاتِ اْلمَكْتُوْبَةِ. قَالَ التُرْمِذِىِّ حَدِيْثٌ حَسَنٌ.
Ertinya: Diriwayatka di dalam kitab sahih Al-Tirmizi daripada Abi Umamah r.a. berkata: Rasulullah SAW ditanya sahabat, bilakah waktu berdoa yang lebih dimakbulkan? Sabda Nabi SAW: Separuh malam yang akhir selepas tiap-tiap solat fardhu. Kata Al-Tirmizi hadis ini hadis hasan, yakni elok sah dijadikan dalil. (Subul al-Salam (7/270). Amalan Sunnah: hal. 172).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW menggalakkan berdoa selepas solat, antaranya:
1) Riwayat daripada Mu’az ibn Jabal yang menyatakan: Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Mu’az: Wahai Mu’az! Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu. Janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat, iaitu:
اللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, al-Nasa’ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan al-Hakim.
2) Hadis yang menceritakan mengenai doa Abu Bakrah yang berbunyi:
اللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ الكُفْرِ وَالفَقْرِ وَعَذَابِ القَبْرِ، كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُوْ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Tirmizi, al-Nasa’ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam al-Hakim.
3) Hadis Zaid ibnu Arqam yang bermaksud: Aku telah mendengar Rasulullah SAW berdoa setiap kali selepas solat:
اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْءٍ.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Nasa’ie.
4) Hadis Suhaib daripada Rasulullah SAW, katanya: Adalah Rasulullah SAW apabila selesai daripada solat, akan berdoa:
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيْ.
Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Nasa’ie dan telah dihukumkan sahih oleh Imam Ibnu Hibban dan lainnya.
Antara doa-doa yang digalakkan dibaca selepas solat fardhu:-
1. Doa Penyerahan Diri Kepada Allah
اَللَّهُمَّ إِنَّا أَعْدَدْنَا لِكُلِّ هَوْلٍ لآ إِلَهَ إلاَّ اللَّهُ، وَلِكُلِّ هَمٍّ وَغَمٍّ مَا شَآءَ اللَّهُ، وَلِكُلِّ نِعْمَةٍ اْلحَمْدُ لِلَّهِ، وَلِكُلِّ رَخَآءٍ الشُّكْرُ لِلَّهِ، وَلِكُلِّ أَعْجُوْبَةٍ سُبْحَانَ اللَّهِ، وَلِكُلِّ ذَنْبٍ نَسْتَغْفِرُ اللَّهَ، وَلِكُلِّ مُصِيْبَةٍ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَلِكُلِّ ضِيْقٍ حَسْبُنَا اللَّهُ، وَلِكُلِّ قَضَآءٍ وَقَدَرٍ تَوَكَّلْنَا عَلَى اللَّهِ، وَلِكُلِّ طَاعَةٍ وَمَعْصِيَةٍ لاَ حَوْلَ وََلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ اْلعَلِىِّ اْلعَظِيْمِ.
Ertinya:
Ya Allah semoga kami dapat memperlengkap-kan diri kami bagi menghadapi segala kengerian dengan kalimah syahadat iaitu : لآ إِلَهَ إلاَّ اللَّهُ (tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Setiap kesedihan dan kedukaan dengan lafaz: مَا شَآءَ اللَّهُ. Setiap nikmatMu yang kami terima dengan menyebut: اْلحَمْدُ لِلَّهِ (segala puji bagi Allah). Setiap kelapangan dan cubaan dengan lafaz: الشُّكْرُ لِلَّهِ (bersyukur kepada Allah). Setiap yang menakjubkan menyebut: سُبْحَانَ اللَّهِ (Maha Suci Allah). Setiap dosa yang dilakukan melafazkan: نَسْتَغْفِرُ اللَّهَ (kami mohon ampun kepada Allah). Setiap kali ditimpa bala bencana menyebut: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ (sesungguhnya kita daripada Allah dan kepadanya tempat kita kembali). Setiap kesempitan hidup menyebut: حَسْبُنَا اللَّهُ (cukup / memadailah kami dengan Allah). Setiap qada dan qadar menyebut: تَوَكَّلْنَا عَلَى اللَّهِ (kami berserah kepada Allah). Setiap ketaatan serta kemaksiatan yang dilakukan menyebut: لاَحَوْلَ وََلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ اْلعَلِىِّ اْلعَظِيْمِ (tidak ada daya dan kekuatan kecuali dari-pada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).
2. Doa Penerang Kehidupan
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ فِىْ قُلُوْبِنَا نُوْرًا، وَفِىْ أَبْصَارِنَا نُوْرًا، وَفِىْ أَسْمَاعِنَا نُوْرًا، وَفِىْ قُبُوْرِنَا نُوْرًا، وَمِنْ أَمَامِنَا نُوْرًا، وَمِنْ خَلْفِنَا نُوْرًا، وَمِنْ فَوْقِنَا نُوْرًا، وَمِنْ تَحْتِنَا نُوْرًا، وَعَنْ يَمِيْنِنَا نُوْرًا، وَعَنْ يَسَارِنَا نُوْرًا، وَفِىْ شَعْرِنَا نُوْرًا، وَفِىْ بَشَرِنَا نُوْرًا، وَفِِىْ لَحْمِنَا نُوْرًا، وَفِىْ دَمِّنَا نُوْرًا، وَفِىْ مُخِّنَا نُوْرًا، وَفِىْ عِظَامِنَا نُوْرًا، اَللَّهُمَّ أَعْظِمْ لَنَا نُوْرًا، وَأَعْطِنَا نُوْرًا وَاجْعَلْ لَنَا نُوْرًا.
Ertinya:
Ya Allah, jadikanlah dihati kami cahaya; pada pendengaran kami cahaya, pada peman-dangan kami cahaya, di dalam kubur kami cahaya, dari arah belakang kami cahaya, dari arah kanan kami cahaya, dari arah kiri kami cahaya, dari arah atas kami cahaya, dari arah bawah kami cahaya, pada rambut kami cahaya, pada kulit kami cahaya, pada daging kami cahaya, pada darah kami cahaya, pada otak kami cahaya, pada tulang kami cahaya. Ya Allah, besarkanlah kepada kami cahaya, kurniakanlah kepada kami cahaya dan jadikanlah seluruh tubuh badan kami diselubungi oleh cahaya.
3. Doa Dikuatkan Imam
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّكِّ وَالشِّرْكِ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالنِّفَاقِ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سُوْءِ الأَخْلاَقِ وَسُوْءِ الْمَنْظَرِ وَالْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ وَالْوَلَدِ.
Ertinya:
Ya Allah wahai Tuhan kami, kami berlindung denganMu daripada syak ragu-ragu dan syirik, daripada kufur tidak percaya atau pura-pura beriman, dan kami mohon juga daripadaMu perlindungan tidak baik budi pekerti, tidak baik pandangan dan tidak baik kesudahan pada harta-harta kami, pada keluarga kami dan pada anak-anak kami sekalian.
4. Doa Pembuka Pintu Kebajikan
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا أَبْوَابَ الْخَيْرَاتِ، وَأَبْوَابَ الْبَرَكَاتِ، وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ، وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ، وَأَبْوَابَ الْقُوَّةِ، وَأَبْوَابَ السَّلاَمَةِ، وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ، وَأَبْوَابَ الْعَافِيَةِ، وَأَبْوَابَ الْجَنَّةِ.
Ertinya:
Ya Allah, bukakanlah kepada kami pintu kebajikan dan pintu keberkatan, pintu nikmat dan pintu rezeki, pintu kekuataan dan pintu kesejahtaraan, pintu kesihatan, pintu kesejahteraan dan akhirnya pintu syurga.
5. Doa Tolak Bala Dan Penyakit Berjangkit
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْبَلاَءِ ، وَدَرْكِ الشَّقَآءِ، وَسُوْءِ الْقَضَآءِ، وَشَمَاتَةِ اْلأَعْدَآءِ، وَعُضَالِ الدَّآءِ، وَخَيْبَةِ الرَّجَآءِ. وَاكْشِفْ عَنَّا مِنَ الْبَلاَءِ وَالْوَبَآءِ وَالْفَخْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالطَّاعُوْنِ مَالاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ.
Ertinya:
Ya Allah, sesungguh-nya kami berlindung denganMu daripada tekanan bencana yang keterlaluan, daripada mendapat penyakit yang berpanjangan, dan kesudahan yang buruk; juga daripada kegembiraan orang-orang yang membenci kami apabila kami kecewa; juga daripada mengidap penyakit serta putus harapan.
Ya Allah, lindungilah kami daripada segala malapetaka dan wabak penyakit serta daripada segala kekejian dan kemungkaran; juga daripada penyakit taun yang mana kami sendiri tidak dapat mencegahnya kecuali dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
6. Doa Selamat (Mohon Penjagaan Dan Kesejahteraan)
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ دِيْنَنَا، وَإِيْمَانَنَا، وَأَنْفُسَنَا، وَأَمْوَالَنَا، وَأَهْلَنَا، وَأَوْلاَدَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا.
اَللَّهُمّ وَإِيَّاهُمْ فِىْ كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَجِوَارِكَ وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِىْ عَيْنٍ وذِىْ بَغْيٍ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ ذيْ شَرٍّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ جَمِّلْنَا بِالعَافِيَةِ وَالسَّلاَمَةِ، وَحَقِّقْنَا بِالتَّقْوَى وَالاِسْتِقَامَةِ، وَأَعِذْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِى الحَالِ وَالْمَآلِ إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ. وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا وَوَالِدِيْنَا وَإِخْوَانَنَا وَأَحْبَابَنَا وَلِمَنْ أَحَبَّنَا فِيْكَ، وَلِمَنْ أَحْسَنَ إِلَيْنَا، وَلِمَنْ كَانَ حَقٌّ عَلَيْنَا، وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
وَصَلِّ اللَّهُمَّ بِجَمَالِكَ عَلَى رَسُوْلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ، وَارْزُقْنَا كَمَالَ الْمُتَابَعَةِ لَهُ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا فِى سَلاَمَةٍ وَعَافِيَةٍ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ertinya:
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami mohon pemeliharaan dan penjagaanMu mengenai agama kami, harta benda kami, ahli keluarga kami, anak-anak kami dan segala sesuatu yang Dikau telah kurniakan kepada kami.
Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, keamananMu, jiranMu dan juga lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil dan ungkal itu, dan juga lindungan daripada bencana ain (tikaman pandangan yang merbahaya). Lindungan daripada yang mempunyai kezaliman dan kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan bahawasanya Engkau Amat Berkuasa mengatasi segala-segalanya.
Ya Allah wahai Tuhan kami, serikan wajah kami dengan kesihatan dan keselamatan, teguhkan hati kami dengan membuat bakti dan ketenangan jiwa. Lindungkan kami daripada segala punca yang membawa kepada sesal sendiri, bahawasanya Engkau sangat-sangat mendengar segala doa, ampunkanlah dosa kami ya Allah. Rahmatkan kami dan ibu bapa kami, saudara mara kami, orang-orang kesayangan kami, orang-orang yang semata-mata keranaMu ia sayangkan kami, orang-orang yang berbuat baik kepada kami, setiap orang yang ada hak atas kami dan kepada sekalian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, mohon limpah rahmatMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Cucurilah rahmat dan sejahtera ke atas RasulMu, penghulu kami dan junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat baginda sekalian.
Lorongkanlah kami supaya sentiasa sedia patuh mengikuti RasulMu itu sebaik-baiknya sama ada zahir mahu pun batin dalam keadaan selamat sentosa. Mohon limpah rahmatMu jua ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
7. Doa Selamat
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَ، وَالْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّآئِمَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَفِى اْلأَهْلِ وَالْجَسَدِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْمُسْلِمِيْنَ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah, kami mohon kepadaMu kesejahteraan, pengampunan dan kesihatan yang berkekalan terhadap agama, dunia dan akhirat serta keluarga, tubuh badan, harta benda, anak pinak seterusnya terhadap semua orang Islam.
8. Doa Menjadi Ikhlas
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا يَا مَوْلاَنَا ِلأَلآئِكَ ذَاكِرِيْنَ، وَلِنَعْمَآئِكَ شَاكِرِيْنَ وَعَلَى قَضَآئِكَ وَقَدَرِكَ وَبَلآئِكَ مِنَ الصَّابِرِيْنَ، وَمِنَ الْحَلاَلِ مَرْزُوْقِيْنَ، وَعَنْ غَيْرِهِ مَعْصُوْمِيْنَ، وَعَنِ النِّيْرَانِ مُبَعَّدِيْنَ، وَإِلَى وَجْهِ نَبِيِّكَ نَاظِرِيْنَ مُتَمَتِّعِيْنَ.
Ertinya:
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa mengingatiMu, orang-orang yang tahu berterima kasih terhadap kurniaan nikmatMu, orang-orang yang sabar apabila menerima dan menghadapi qada dan qadar serta bala bencana dariMu, orang-orang yang mendapat rezeki yang halal daripadaMu, orang-orang yang terpelihara daripada segala dosa, orang-orang yang terhindar daripada siksaan api neraka; kami juga berharap dapat melihat dan menikmati wajah NabiMu di akhirat nanti.
9. Doa Taubat
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ التَّوْبَةَ وَدَوَامَهَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنَ الْمَعْصِيَةِ وَأَسْبَابِهَا، وَذَكِّرْنَا بِالْخَوْفِ مِنْكَ قَبْلَ هُجُوْمِ خَطَرَاتِهَا، وَاحْمِلْنَا عَلَى النَّجَاةِ مِنْهَا، وَمِنَ التَّفَكُّرِ فِىْ طَرَآئِقِهَا، وَامْحُ مِنْ قُلُوْبِنَا حَلاَوَةَ مَا اجْتَنَيْنَاهُ مِنْهَا، وَاسْتَبْدِلْهَا بِالْكَرَاهَةِ لَهَا، وَالطَّمَعِ لِمَا هُوَ بِضِدِّهَا.
Ertinya:
Ya Allah, sesungguhnya kami mohon kepadaMu petunjuk yang boleh membawa kami kepada bertaubat terus terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan; dan sebaliknya kami berlindung denganMu daripada melakukan perbuatan keji dan sebab-sebab yang boleh mendorong ke arahnya.
Jadikanlah kami orang yang sentiasa meng-ingatiMu semasa datangnya serangan dorongan perasaan hati untuk melakukan perbuatan keji itu dan daripada memikir-mikir / mencari jalan untuk menuju kepadanya. Hilangkanlah di dalam hati kami perasaan yang mengakui bahawa perbuatan keji itu mendatangkan manfaat dan gantikanlah dengan perasaan benci selalu terhadap perbuatan keji tersebut serta tanamkanlah di dalam hati kami perasaan keinginan untuk melakukan sebaliknya iaitu kebaikan dan kebajikan untuk mendapat keredhaanMu.
10. Doa Mengukuhkan Silaturrahim
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا، وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمِ، وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوْرِ، وَجَنِّبْنَا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ.
Ertinya:
Ya Allah, perbaikilah perhubungan sesama kami dan perjinakkanlah hati di antara kami serta tunjukilah kami jalan-jalan kesejah-teraan, lepaskanlah kami daripada kegelapan menuju kepada cahaya yang terang benderang, jauhilah kami daripada segala pencemaran atau keburukan sama ada yang nyata atau yang tersembunyi.
Dipetik dari
Buku Selawat dan Doa-doa Pilihan
Susunan: Haji Jainal Sakiban Al-Jauhari
29 Januari 2012.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar